Kolej Kejururawatan dan Sains Kesihatan Oriental Nilam
Kolej Kejururawatan dan Sains Kesihatan Oriental Nilam
Dalam dunia yang kian pesat membangun, perkhidmatan perubatan dan penjagaan kesihatan semakin kompleks. Peranan seorang profesional penjagaan kesihatan telah ditakrifkan semula dan diperluas untuk memasukkan lebih banyak tanggungjawab pengurusan dan pentadbiran. Apabila membuat keputusan mengenai sekolah atau program, ianya perlu memenuhi cabaran masa.
Kolej Kejururawatan dan Sains Kesihatan Oriental Nilam adalah sebuah institusi khusus yang berdedikasi untuk menyediakan pendidikan yang berpatutan dan berkualiti dalam bidang sains kesihatan. Kami komited untuk menghasilkan profesional yang kompeten dan berkualiti dalam semua aspek kejururawatan dan penjagaan kesihatan.
Pada tahun 2015, operasi kami telah berpindah ke tapak baru di mana lebih banyak peluang untuk pengembangan boleh diterokai. Misi kami adalah untuk menyediakan pendidikan dan latihan yang berkualiti bagi mempersiapkan graduan kami ke alam pekerjaan. Kampus baru kami menyediakan persekitaran yang ideal untuk mencapai pembangunan yang holistik dan kami memberi tumpuan dengan memastikan pelajar mendapat inspirasi dan motivasi yang tepat untuk cemerlang dalam pengajian mereka dan meningkatkan pengetahuan mereka.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kami dan program yang kami tawarkan, sila klik di sini Click Here.